Instagram

Sunday, September 25, 2011

SELAMAT TINGGAL...








Ketika Malam mula melabuhkan tirai,
Tatkala Fajar mula menyinsing,
Disaat masa mula berlalu,
Aku melihat Tempat itu,
Tempat yg aku singgahi,
Walaupun hanya seketika,
Walaupun sedetik lebih,
Ia amat bermakna buatku...

Ditempat itu,
Aku mula mengenal sahabat,
Ketika disitu,
Aku mula tahu apa itu erti Cinta,
Ditempat itu
Aku fahami erti kasih sayang,
Namun alangkah perihnya hati ini,
Apabila kaki ini,
Terasa berat untuk melangkah pergi,
Melangkah pergi dari Tempat yg penuh memori...

Namun kepergian ku ini,
Telah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa,
Maka ingatilah suara ku,
Mungkin ini kali terakhir utk didengari,
Tatapilah wajahku,
Mungkin ini kali yg terakhir utk diratapi,
Dan Bacalah coretan ku ini,
Kerana ini mungkin,
Buat yang terakhir kalinya utk aku membiarkan pena ini,
Menari-nari utk kamu semua..
Kerana.....

AKU AKAN TINGGALKAN TEMPAT ITU SELAMA-LAMANYA.... 

No comments:

Post a Comment