Instagram

Wednesday, November 13, 2013

HANYA MANUSIA BIASA..

Hati jika menaruh pada manusia,
Maka binasa dan terseksa,
Tapi jika pada Allah Tuhan sekalian pencipta
Ia mengubati hati yang luka dan lara,
Kita haruslah menerima,
Suratan yang Maha Kuasa,
Kerana aku hanya manusia Biasa,

DAN

Jika umur menjadi persoalan,
Biarkan ia tersemat di kalbu,
Jika rupa menjadi taruhan,
Biarkan ia dibuai syahdu,
Jika kasih menjadi Idaman.
Biarkan ia pada Allah yang Satu,


KERANA


Bukan ia kata puitis,
Tapi ia satu pesanan,
Bukan juga mainan romantis,
Tapi luahan perasaan,
Bukan Air mata hendak menitis,
Tapi ia sudah lama tertahan,
Bukan mudah untuk menangis,
Tapi ia kerana Tuhan,
Terima kasih di permulaan,
Kerana dapat dihidu angin lautan,
Bersyukur masih lagi wajah kelihatan,
Kerana tidak aku sudah mungkin dikafankan...
(30 September 1992-30 September 2013)

"ALHAMDULLILAH DAN BERSYUKUR PADA ALLAH SEKALIAN PENCIPTA KERANA DIBERIKAN AKU HIDUP DI ALAM CIPTAAN-NYA SEKALI LAGI"

Friday, May 10, 2013

WANITA YANG AKU SAYANGI...




Mindaku sedang terbang diawangan,mungkin sedang dibuai fantasi.Mungkin sedang diulit mimpi nana indah.aku berkhayal sehingga seseorang yang aku sayangi muncul didalam mindaku.Seseorang yg aku cintai.Seorang wanita yg tiada bandingannya dari wanita lain,seorang wanita yg teristimewa didalam hidupku.Tida wanita lain yg dapat menawan hatiku selain dirinya.aku sanggup korbankan apa sahaja deminya.Wanita itu adalah Ibuku....

Tapi aku lihat kini,tidak ramai insan yg merhargai ibunya,mereka biarkan golongan ini pergi begitu sahaja selepas mendapat kemewahan,mereka biarkan sahaja selepas mendapat pangkat.Adakah ini dinamakan bayaran kita sebagai seorang anak??Membiarkan saja Ibu kita selepas mendapat Harta,kemewahan dan pangkat.Adakah kita lupa siapa yg membesarkan kita?Adakah kita lupa siapa yg memberi kita makan dan minum?Adakah kiat lupa dia telah memeberikan kasih syang yg secukupnya??Dia tidak akan meminta duit daripada kita apabila kita berjaya.Dia hanya mengharapkan supaya kita tidak lupa kepadanya,hanya mengharapkan kasih sayang seorang anak.

Jangan kita semua memperlekehkan seorang ibu kerana doa mereka sentiasa diterima oleh ALLAH.Jangan kta sesekali menderhaka kepada Ibu kita kerana orang yg menderhakai ibunya akan menerima azab yg teramat pedih didunia mahupun di akhirat.Sentiasa mengikuti katanya selagi tidak bercanggah dengan syariah.Jangan berkata kasar walu perkataan 'Ah' sekalipun.Dan ingat jangan biarkan ibu kita menitiskan air mata kerana kejahatan kita...

Wahai sahabt semua berbuatlah baik kepada Ibu mu sementara dia masih ada didepan kita.Sayangilah meraka dengan seadanya,cintailah mereka walau kita sudah berumah tangga.Jangan engkau kita menyesal dikemudian hari.Ini kerana benda yg hidup tidak akan berkekalan selamanya.
SELAMAT HARI IBU..

Monday, April 29, 2013

SIAPAKAH AKU..


Pelbagai manusia berada di sekeliling,
Membuat diriku kuning dan pening,
Setiap mata mereka menjeling-jeling,
Bagaikan diriku ini umpama ikan kering,
Tutur dan kalam mereka hanya membuat ku runsing,

Ku cuba elak ku cuba tepis,
Namun tiada satu pun yang terhakis,

Hanya hatiku kian terhiris,
Namun tiada siapa tahu hati ini terguris,
Cuma air mata berlinangan di iris,
Sudah umpama terbentuk sebuah oasis,

Terus-menerus mulut mereka sering berkata,

Berkata dengan pelbagai kata dan cara,
Adakalanya dengan iringan caci dan nista,
Tapi tiada satunya yang nyata,
Hanyalah penipuan dan dusta,
Meraka hanya meninggalkan kata tanya,
Bersoal dan menyoal siapakah dihadapan meraka,

Tiada pun dapat memberi jawapan walaupun satu,
Sekali lagi jika mereka bertanya siapakah aku,

Aku adalah insan yang lemah dengan semangat yang jitu,

Hanya manusia yang tidak lari dari hawa nafsu,
Sedang mengawal ia dari menguasai diri ku,

Kerna aku adalah aku,

Mencari rahsia sana-sini yang tersembunyi,
Mungkin dalam bentuk kompleks dan konklusi,
Terus  menerus mencari,
Agar diri ini tidak terus dibuai mimpi,
Biarkan mencari hingga hilang mentari,
Hanya percaya kepada kasih ILLAHI,
Didalam atas usaha diri sendiri yang pasti..

Friday, March 1, 2013

ENGKAU MASIH SAHABATKU...





Disaat pagi yg membuai,aku merenung,merenung segala liku-liku kehidupan yg selama ini telah aku tempuhi bagi kehidupan ku,sehingga aku terkenang sebuah peristiwa yg amat perih utuk dikenangkan kembali.Tetapi aku terpaksa untuk menjadikan suatu penghayatan yg begitu bermakna untukku.Dikala mengenang seorang yg mungkin dikenali  pada ketika dahulunya dinamakan sahabat.Sahabt sehidup semati yg selalu diperkatakan.Teman pengubat dikala pilu katanya.tetapi itu semuanya dusta dan hanya satu propaganda.


Selama ini kau aku tercari-cari seorang sahabat yg boleh setia kepadaku,dan akhirnya aku menemui kau wahai sahabat.Engkaulah penghiburku dikala aku sepi dan duka.Disaat aku menangis.engkau pun turut menangis,disaat ku ketawa engkau turut gembira.Aku merasakan diriku begitu bahagia mempunyai sahabat seperti mu.Engkaulah sahaja teman kemana sahaja aku kan pergi,engkaulah sahabat yg mengiyakan kataku dan selalu menyokong aku.Sehinggalah satu peristiwa yg aku tidak akan lupakan.Sesuatu peristiwa yg menjadi sejarah buatku.


Apabila aku mula mengenang peristiwa itu.Aku mungkin merasakan pedihnya hati ini bagaikan sembilu yg menusuk ke hati,umpama siatnya kulit aku ini dari daging.Umpama memegang bara api.Mengapa dan kenapa aku perlu merasakan perasaan seperti ini.Apa salah yg telah aku lakukan sehingga engkau yg selama ini aku sayang,yg selama ini aku percaya sehingga engkau tergamak menikam belakang ku.Adakah ini blasan yg ku dapat setelah engkau menjadi sahabat ku.

Ternyata inilah balasannya yg aku perolehi setelah menjadi sahabat kau,kau telah menconteng arang ke muka ku,kau telah meninggalkan setelah perolehi segala kemahuan mu itu.Kau pergi begitu sahaja tanpa sebarang ucapan.Ternyatalah selama ini engkau adalah duri dalam daging.Hanya menunggu saat dan ketika dan akhirnya engkau mengkhinati aku,kau belot kepadaku.Adakah ini yg kau janjikan semasa engkau menjadi sahbatku?Adakah ini yg nilai sebagai seorang sahabat?Betapa hinanya kerja mu itu.

Aku mungkin marah.akn berdendam dengan kau atas perbuatan mu itu.Ternyata tanggapan mu itu ternyata meleset sekali.Mungkin aku juga akan aku akn membunuh mu??Tetapi sebagi seorang manusia,aku masih berfikiran waras,masih memegang pada prinsip hidupku.Kemarahan umpama api yang hangat membakar manakala dendam itu umpama memegang bara yg panas.Sebagai seorang insan aku masih sayang pada mu dan segala dosa yg telah kau lakukan,aku tetap memaafkan kesalahan mu itu,kerana ...

ENGKAU MASIH SAHABATKU


Wednesday, February 27, 2013

AKU PELINDUNG MU...






Pada malam yg anginnya begitu bayu,bagaikan kain sutera telah melintasi ke muka ku.Disaat telinga ku kedengaran rangkap lagu dri kumpulan D'Hearty iaitu bertajuk WANITA,"Tercipta engkau dari rusuk lelaki,bukan dari kaki untuk dialasi,bukan dari kepala untuk dijunjung,tapi dekat dibahu untuk dilindung,dan dekat dihati untuk dikasihi dan dicintai.Kerana engkaulah wanita hiasan duniawi."dan pada ketika itulah fikiranku mula melayang pergi,pergi menuju ke alam fantasi.Membayangkan sesuatu yg dan pernah dibenak sanubariku untuk memikirkannya.Iaitu ciptan yg amat indah yg telah diciptakan oleh Allah kepada lelaki iaitu Wanita...

Wanita adalah ciptaan Allah yg begitu menarik dan unik.Allah menjadikan Hawa utk Adam utk menemaninya disyurga.Allah menjadikkan seorang Wanita itu tidak sia-sia.Kerana dengan penciptaan wanita menjadi pelengkap kepada seorang insan yg dinmakan lelaki.Seorang lelaki seharusnya menjaga seorang yg wanita itu,kerna itulah tanggungjawab seorang lelaki.Tetapi kini aku melihat wanita sering dipermainkan oleh lelaki,seolah-olah wanita itu umpama bola,menghantar dari seorang ke seorang yg lain,Adakah Hina menjadi seorang wanita sehinggakan boleh berlakunya kepada mereka sebegini rupa.Adakah tercipta seorang wanita untuk dilakukan seperti itu.Wahai Kaum Adam sekalian,dimanakah jati diri mu sebagai manusia yg telah dipertanggungjawabkan untuk melindungi kaum yg lemah ini.

Wahai Kaum Adam,usahlah kau cemari penciptaan kaum hawa itu dgn tingkah laku dan perbuatan mu itu,kerna tanpa mereka hidup kita ini tidak menjadi sempurna.Tanpa mereka juga kita tidak akan kenal siapa itu Ibu dan mungkin tanpa mereka kita tidak akan hidup di dunia.Disaat kau mahu cemari Wanita,disaat itu ku renung kembali,tidakkah Ibumu seorang wanita,tidakkah adikmu seorang wanita dan tidakkah kakak mu seorang wanita??Maka fikirkanlah langkah mu itu sedalam-dalam yg mungkin.Kerna dgn perbuatan mu itu  akan mengubah sifat wanita itu.Wanita itu akan mnjadi seorang yg bencikan kaun Adam dimuka bumi ini.Dengan  perbuatan mu itu ada nyawa tidak berdosa akn menjadi mangsa.Maka renungkan kembali tindakan mu itu.

Wahai kaum hawa janganlah engkau gentar dengan insan yg dinamakn lelaki itu.Kerana bukan semua lelaki itu mahu mencemari hidupmu itu.Ada lelaki yg didunia ini mungkin akan membahagiakn hidup mu pada masa mendatang.Dan mungkin ada lelaki yg akan melindungmu.Janganlah kau gusar untuk menempuhi hidup mu kelak kerana seseorang lelaki yg berada disisimu kelak akan mengatakan kepada mu satu ayt yg mungkin  selama ini tidak didengari oleh mu dan tidak diucapkan mana lelaki sebelum ini iaitu...

"AKU PELINDUNG MU..."

LUAHAN HATI...






Setelah sekian lama aku bagaikan bingung dengan keadaan dunia ini.Inikah yg dinamakan dunia yang indah ini sudah berada di akhir penghujung nyawanya??Persoalan yang kita semua tidak boleh terjawab kerana apa yang yang berlaku tentang penhujungan dunia ini adalah Allah yang maha kuasa sahaja.

Perkara yang membingungkan aku kini adalah tentang belia yang kini sudah bagaikan lupa pada pegangannya,tidak dimaksudkan lupa secara keseluruhan tentang agamanya tetapi lalai tentang apa yg dibwa oleh agamanya.Secara peribadinya aku ini bukanlah seorang yg begitu sempurna dan bukanlah manusia yg patut digelarkan seorang ustaz,tetapi aku masih menerapkan budaya islam itu didalam diri aku.Tapi kini apa yg aku lihat belia kini susah untuk menerapkan budaya Islam didalam kehidupan mereka,sebagai contoh dari segi pemakaian mereka.Apa yang aku lihat sesetengah dari mereka ini suka memakai baju yg ketat-ketat,apakah motif anda??tidak kisah la lelaki atau perempuan,tetapi secara holistiknya apa yg aku lihat(kat tempat aku belajar la kat yayasan - - - - - -)kebanyakan mereka adalah wanita muslim,.Wahai wanita apakah motif anda??Adakah anda tahu bahawasanya kami lelaki ini amat terseksa dengan cara pemakaian anda.Kesanya kami mendapat dosa dan anda pun pun mendapat dosa.Jadi pakailah pakaian menutup aurat dengan sempurna terutama rambut anda silah menutupinya.

Wanita yang berhijab dan menutup aurat itu bagi aku walau bagaimana pun anda,anda adalah seorang yg cantik dan menawan,tetapi ada juga wanita yang behijab dan menutup aurat ini ada satu kesalahan yang dilakukan dengan terang dan nyata iaitu pakai hijab tapi pakai seluar jeans atau seluar jenis apa pun yg ketat-ketat sehinggakan nampak bentuk dibahagian belakang anda,begitu juga dengan baju,sudah berhijab tetapi bajunya MasyaAllah menampakan bentuk badan anda.Ini seperti anda menutup Aurat tetapi bertelanjang.

Apa yang aku perhatikan juga (kat tempat aku belajar) belia-belia kini terjerumus dengan hiburan yg melalaikan sebagai contoh terang lagi nyata ialah Tarian yg pelik-pelik,dah la buat tarian pelik-pelik pastu bercampur lelaki perempuan pula tu..Astaghfirullah  ya Allah semoga ko bukakan hati mereka ini ya Allah.Lelaki pun ada juga tergedik2 menari-nari ni.Kalau perempuan apatah lagi.Tak salah nak menari,menarila tpi jangan la sampai tarian itu bercampur lelaki dgn perempuan,kalau perempuan nak mnari pun menari untuk perempuan sudahla,jangan dok tayang kat lelaki.Kerana Hiburan itu dalam Islam mmg ada,tapi mestilah patuh dengan syariat yg telah ditetapkan.

Satu lagi Ilmu aku nak bagi tahu korang,bahawasanya pegang BABI tu tak haram sebenarnya.Kalau kita pegang tak dapat dosa pun,tetapi kalau makan je yang HARAM ,Kalau kita terpegang babi maka kita kena sucikan dengan tujuh basuhan,iaitu satu kali air mutlak yg dicampur tanah yg suci dan 6 kali air mutlak.
TETAPI TAHUKAH ANDA!!
Bahawa kalau anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki bukan Muhrim anda adalah berdosa,ingat kalau bersentuhan dgn bukan muhrim ni tak da nak suci2 kan..dosa adalah..
Bagi aku lebih baik pegang BABI daripada sentuh-menyentuh dgan bukan muhrim ni..

Wahai Sahabat Sekalian apa yang saya cuba sampaikan ini adalah satu TEGURAN dan TAZKIRAH  kepada diri saya sendiri dan juga anda.Saya ini bukan lah ustaz atau mereka yg mempunyai ilmu agama yanag banyak,Tapi saya juga insan yang senatiasa melakukan kesalahan dan dosa.Tetapi dengan usaha untuk menghindarkan perbuatan dosa itu agar tidak kita mengulanginya semula.Jadikanlah Luahan hati saya ini sebagi pedoman dan muhasab diri kita kembali.
HARAP MAAF JIKA APA YANG SAYA CUBA SAMPAIKAN INI TELAK MELUKAI ATAU MENGURIS PERASAAN ANDA...

Yang Baik itu datang dari Allah,dan yg buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri....

Jadi marilah melakukan satu tranformasi kearah lebih baik...