Instagram

Wednesday, October 26, 2011

KEHIDUPAN YANG SEKETIKA..


Ketika cahaya sang mentari mula menyingsing,pabila burung mula berkicauan,maka pagi pun menjelma.Aku bangkit dengan rasa bersyukur kerana dapat menghirup udara pagi yg begitu nyaman dan mengasyikkan.Keseronakan aku mulai terganggu apabila telinga ini mula sayup-sayup kedengaran satu berita yang amat memilukan.Telah pergi seorang insan yg baru sahaja aku mengenalinya semalam ketika aku sedang kecewa,seseorang yg telah mengusik jiwa sanubari ku.Seorang insan yg dapat menerima ku seadanya.Perih hati ini untuk menerimanya.Tetapi apakan daya ini adalah suratan ALLAh yg menentukan segalanya.Aku terima seadanya...

Dan ketika itulah aku mulai merenung,merenung sedalam-dalamnya,sehingga aku berlamunan buat seketika.Bahawa hidup kita ini hanya sementara.Kita yg berada didunia ini hanya menjadi pelakon-pelakon yg memegan pelbagai watak dan peranan,Allah yg telah mengarahkan kita.Aku mulai terfikir,hidup ini bagaikan lilin yg membakar.Membakar dengan 1 tempoh masa yg singkat.Hidup ini juga umpama kayu,semakin lama ia dimakan anai2 semakin ia hilang dan rapuh.YA Allah sungguh singktnya kehidupan ini.

Tetapi aku tidak merasa marah,kerana ini adalah ujian dari Allah.Kita diciptakan didunia ini adalah dari perancangan Allah.Maka hidup dan mati kita adalah kehendaknya.Sunnah Muhammad dan kitab suci Al-Quran la pembimbing kita.Maka kita perlu bersedia sebelum ajal datang menjemput kita.Allah tidak akan melambatkan sesaat kematian kita.Tunaikan lah solat pabila seruan azan berkumandang.Kerana panggilan Allah yg pertama melalui pengantara muazzin dan pnggilan kedua melalui pengataraan malaikat Izrail..Maka gunalah peluang kehidupan kita ini dengan sebaik-baiknya sebelum diri kita diangkat menghadap pencipta yang Maha Kuasa.Dan ingat kehidupan itu hanya datang sekali,dan ia tidak akan hadir buat kali kedua kecuali dengan izin ALLAH..

MATI ITU PASTI..
HIDUP INSYAALLAH..

No comments:

Post a Comment