Tik..tok..tik..tok..disaat semua orang mulai mengira detik untuk menyambut hari kemenangan bagi umat Islam.Iaitu Hari raya,Disaat itulah rindu mulai kejauhan,Kegembiraan mulai mendatang didalam diri kita,dan ketika itulah keseronakan mula menjelma di hati dan sanubari.Yang diperkatakan oleh mereka ia hadir cuma setahun sekali.Marilah kita meraikan dengan penuh kegembiraan dan hilangkan segala perasaan duka dan nestapa yang menyelubungi hati ini.
Tetapi disaat ini aku mulai mengeluarkan air mataku yang selama ini sejuk dan dingin membeku dimataku.Aku menangis,tangisan yang aku keluarkan ini kerana pemergian sesuatu yang jarang diperolehi oleh setiap manusia.Sesuatu yang sepatutnya diperkatakan hadirnya cuma setahun sekali.Aku mulai merenung dan terfikir,adakah aku akan menemuinya pada masa mendatang??Ataupun ini mungkin kali terakhir aku menemui pada tahun ini??Ya Ramadhan bisakah kutemui mu lagi.Akan aku menunggu ketibaan mu di lain waktu jika diiznkan oleh Allah dengan penuh kesabaran dan pengharapan.Agar kesabaran dan pengharapan ini bukanlah satu peyiksaan bagi ku untuk menemuimu.
Aku mulai sedari,perpisahan yang sementara ini telah mengajar aku supaya senantiasa untuk meningati Tuhan yang maha Esa.Akan aku sentiasa berdoa untuk menemui.
Tetapi ada hikmah disebalik perpisahan ini,Allah telah mengurniakan hari kemenangan terhadap kita setelah berjaya memerangi nafsu selama bersama mu Ramadhan.Setelah engkau pergi maka menjelmalah Syawal untuk diraikan.Mari kita memuji kepada MAha pencipta atas kurniaaan yang diberikan.
Didalam kesempatan ini bagi meraikan Hari Raya yang akan mendatang ingin ku ucapkan..
Wahai Sahabat maafkan segala kekhilafan ku yang selama ini telah ku lakukan terhadapmu,Semoga segala dosaku terhadapmu dapat dimaafkan agar aku merasa tenang dalam menjalani kehidupan ku mungkin ini buat kali yang terakhir..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


No comments:
Post a Comment