Instagram

Saturday, August 6, 2011

MELODI UNTUK KEKASIH...

 


Dikehingan Malam,termenung berseorang,tak lena mata di pejam kerana memikirkan akan kehadiran mu yg seringkali bermain dibenak sanubari ku ia adalah Kekasih yang dulu hilang kini datang kembali pulang, itulah peristiwa yang selalu ada jika seseorang itu didalam percintaan.Namun itulah suratan dalam percintaan,kita tidak boleh menduga kerana pelbagai perkara boleh terjadi.Tapi kadang-kadang kehadiran  Cinta kau ini buatkan jantungku bergetar seperti genderai mahu perang ,menangis,marah dan bermacam-macam emosi dan ini akan berakhir Kau pergi.

Wahai kekasihku,cinta aku kepadamu sungguh mendalam tidak terkira kuatnya, kalau kau bertanya sekuat mana cinta ku ini aku akan berkata “Cintaku jika kau tanya pada bintang,germilauan sinar tak kan hilang dan Akan aku sinari duniamu hingga ke akhir hayat ku”.Tidak akan aku lepaskan kau begitu mudah kerana wahai cintaku kerana  Kau Cinta pertamaku,kau Cinta terakhirku dan juga kau kekasih awal dan Akhir,kau kekasih zahir dan batin.Mereka menganggap percintaan kita ini percintaan yang gila,mungkin setengah dari mereka berkata aku berfikiran tidak waras .Biarlah apa pun persepsi mereka kepada Kau dan Aku   kerana cinta ini tidak akan berubah walau Sedetik lebih.

Walaupun keinginan ku untuk tidak melepaskan mu amat kuat namun apa daya kudrat ku ini,kau akan pergi setelah genap sepurnama malam,setelah itu Beribu bintang di langit kini menghilang dan Meraba aku dalam kelam.Setelah kau datang membawa rahmat dan harapan kepada ku kehadiran aku ini akan Tinggal kenangan.Wahai YA RAMADHAN!!Kehadiran kau dalam hidupku memberikan aku sebuah Destinasi Cinta,kehadiran kau memberikan aku pengajaran apa itu Erti Syukur.Kehadiran mu juga telah membawa diriku yang Hanyut ini ke Layar Keinsafan.Aku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.Ya,apa yang aku harapkan itu telah menjadi kenyataan.

Insyaallah,kepergian kau bukannya Pergi tak kembali lagi,Tika masanya aku akan kembali bertemu dengan kau Ramadhan,kerana engkaulah bulan Permataku.Bulan yang diturunkan AL-QURAN,bulan yang ada malam LailaturQadar yang memberikan umat Muhammad beribadah seumpama 1000 bulan.Biarkanlah Semalam pergi kerana Bila esok kitakan bertemu kembali.Aku akan sentiasa menunggu kehadiran mu setiap tahun untuk aku Raikan Cinta ku ini terhadap mu.Ya ALLAH!!Bersyukur kepada-Mu jika Aku tanpa Cintamu.Aku tidak akan merasai kehadiran Ramadhan pada tahun ini.Sesungguhnya,Ku Harap Cinta dari mu ya ALLAH untuk bertemu ramadhan pada masa mendatang agar dapat ku bawa diri ku ini Sampai Syurga.

No comments:

Post a Comment