Instagram

Friday, March 1, 2013

ENGKAU MASIH SAHABATKU...





Disaat pagi yg membuai,aku merenung,merenung segala liku-liku kehidupan yg selama ini telah aku tempuhi bagi kehidupan ku,sehingga aku terkenang sebuah peristiwa yg amat perih utuk dikenangkan kembali.Tetapi aku terpaksa untuk menjadikan suatu penghayatan yg begitu bermakna untukku.Dikala mengenang seorang yg mungkin dikenali  pada ketika dahulunya dinamakan sahabat.Sahabt sehidup semati yg selalu diperkatakan.Teman pengubat dikala pilu katanya.tetapi itu semuanya dusta dan hanya satu propaganda.


Selama ini kau aku tercari-cari seorang sahabat yg boleh setia kepadaku,dan akhirnya aku menemui kau wahai sahabat.Engkaulah penghiburku dikala aku sepi dan duka.Disaat aku menangis.engkau pun turut menangis,disaat ku ketawa engkau turut gembira.Aku merasakan diriku begitu bahagia mempunyai sahabat seperti mu.Engkaulah sahaja teman kemana sahaja aku kan pergi,engkaulah sahabat yg mengiyakan kataku dan selalu menyokong aku.Sehinggalah satu peristiwa yg aku tidak akan lupakan.Sesuatu peristiwa yg menjadi sejarah buatku.


Apabila aku mula mengenang peristiwa itu.Aku mungkin merasakan pedihnya hati ini bagaikan sembilu yg menusuk ke hati,umpama siatnya kulit aku ini dari daging.Umpama memegang bara api.Mengapa dan kenapa aku perlu merasakan perasaan seperti ini.Apa salah yg telah aku lakukan sehingga engkau yg selama ini aku sayang,yg selama ini aku percaya sehingga engkau tergamak menikam belakang ku.Adakah ini blasan yg ku dapat setelah engkau menjadi sahabat ku.

Ternyata inilah balasannya yg aku perolehi setelah menjadi sahabat kau,kau telah menconteng arang ke muka ku,kau telah meninggalkan setelah perolehi segala kemahuan mu itu.Kau pergi begitu sahaja tanpa sebarang ucapan.Ternyatalah selama ini engkau adalah duri dalam daging.Hanya menunggu saat dan ketika dan akhirnya engkau mengkhinati aku,kau belot kepadaku.Adakah ini yg kau janjikan semasa engkau menjadi sahbatku?Adakah ini yg nilai sebagai seorang sahabat?Betapa hinanya kerja mu itu.

Aku mungkin marah.akn berdendam dengan kau atas perbuatan mu itu.Ternyata tanggapan mu itu ternyata meleset sekali.Mungkin aku juga akan aku akn membunuh mu??Tetapi sebagi seorang manusia,aku masih berfikiran waras,masih memegang pada prinsip hidupku.Kemarahan umpama api yang hangat membakar manakala dendam itu umpama memegang bara yg panas.Sebagai seorang insan aku masih sayang pada mu dan segala dosa yg telah kau lakukan,aku tetap memaafkan kesalahan mu itu,kerana ...

ENGKAU MASIH SAHABATKU


No comments:

Post a Comment