Instagram

Wednesday, February 27, 2013

LUAHAN HATI...






Setelah sekian lama aku bagaikan bingung dengan keadaan dunia ini.Inikah yg dinamakan dunia yang indah ini sudah berada di akhir penghujung nyawanya??Persoalan yang kita semua tidak boleh terjawab kerana apa yang yang berlaku tentang penhujungan dunia ini adalah Allah yang maha kuasa sahaja.

Perkara yang membingungkan aku kini adalah tentang belia yang kini sudah bagaikan lupa pada pegangannya,tidak dimaksudkan lupa secara keseluruhan tentang agamanya tetapi lalai tentang apa yg dibwa oleh agamanya.Secara peribadinya aku ini bukanlah seorang yg begitu sempurna dan bukanlah manusia yg patut digelarkan seorang ustaz,tetapi aku masih menerapkan budaya islam itu didalam diri aku.Tapi kini apa yg aku lihat belia kini susah untuk menerapkan budaya Islam didalam kehidupan mereka,sebagai contoh dari segi pemakaian mereka.Apa yang aku lihat sesetengah dari mereka ini suka memakai baju yg ketat-ketat,apakah motif anda??tidak kisah la lelaki atau perempuan,tetapi secara holistiknya apa yg aku lihat(kat tempat aku belajar la kat yayasan - - - - - -)kebanyakan mereka adalah wanita muslim,.Wahai wanita apakah motif anda??Adakah anda tahu bahawasanya kami lelaki ini amat terseksa dengan cara pemakaian anda.Kesanya kami mendapat dosa dan anda pun pun mendapat dosa.Jadi pakailah pakaian menutup aurat dengan sempurna terutama rambut anda silah menutupinya.

Wanita yang berhijab dan menutup aurat itu bagi aku walau bagaimana pun anda,anda adalah seorang yg cantik dan menawan,tetapi ada juga wanita yang behijab dan menutup aurat ini ada satu kesalahan yang dilakukan dengan terang dan nyata iaitu pakai hijab tapi pakai seluar jeans atau seluar jenis apa pun yg ketat-ketat sehinggakan nampak bentuk dibahagian belakang anda,begitu juga dengan baju,sudah berhijab tetapi bajunya MasyaAllah menampakan bentuk badan anda.Ini seperti anda menutup Aurat tetapi bertelanjang.

Apa yang aku perhatikan juga (kat tempat aku belajar) belia-belia kini terjerumus dengan hiburan yg melalaikan sebagai contoh terang lagi nyata ialah Tarian yg pelik-pelik,dah la buat tarian pelik-pelik pastu bercampur lelaki perempuan pula tu..Astaghfirullah  ya Allah semoga ko bukakan hati mereka ini ya Allah.Lelaki pun ada juga tergedik2 menari-nari ni.Kalau perempuan apatah lagi.Tak salah nak menari,menarila tpi jangan la sampai tarian itu bercampur lelaki dgn perempuan,kalau perempuan nak mnari pun menari untuk perempuan sudahla,jangan dok tayang kat lelaki.Kerana Hiburan itu dalam Islam mmg ada,tapi mestilah patuh dengan syariat yg telah ditetapkan.

Satu lagi Ilmu aku nak bagi tahu korang,bahawasanya pegang BABI tu tak haram sebenarnya.Kalau kita pegang tak dapat dosa pun,tetapi kalau makan je yang HARAM ,Kalau kita terpegang babi maka kita kena sucikan dengan tujuh basuhan,iaitu satu kali air mutlak yg dicampur tanah yg suci dan 6 kali air mutlak.
TETAPI TAHUKAH ANDA!!
Bahawa kalau anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki bukan Muhrim anda adalah berdosa,ingat kalau bersentuhan dgn bukan muhrim ni tak da nak suci2 kan..dosa adalah..
Bagi aku lebih baik pegang BABI daripada sentuh-menyentuh dgan bukan muhrim ni..

Wahai Sahabat Sekalian apa yang saya cuba sampaikan ini adalah satu TEGURAN dan TAZKIRAH  kepada diri saya sendiri dan juga anda.Saya ini bukan lah ustaz atau mereka yg mempunyai ilmu agama yanag banyak,Tapi saya juga insan yang senatiasa melakukan kesalahan dan dosa.Tetapi dengan usaha untuk menghindarkan perbuatan dosa itu agar tidak kita mengulanginya semula.Jadikanlah Luahan hati saya ini sebagi pedoman dan muhasab diri kita kembali.
HARAP MAAF JIKA APA YANG SAYA CUBA SAMPAIKAN INI TELAK MELUKAI ATAU MENGURIS PERASAAN ANDA...

Yang Baik itu datang dari Allah,dan yg buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri....

Jadi marilah melakukan satu tranformasi kearah lebih baik...

No comments:

Post a Comment