Hati jika menaruh pada manusia,
Maka binasa dan terseksa,
Tapi jika pada Allah Tuhan sekalian pencipta
Ia mengubati hati yang luka dan lara,
Kita haruslah menerima,
Suratan yang Maha Kuasa,
Kerana aku hanya manusia Biasa,
DAN
Jika umur menjadi persoalan,
Biarkan ia tersemat di kalbu,
Jika rupa menjadi taruhan,
Biarkan ia dibuai syahdu,
Jika kasih menjadi Idaman.
Biarkan ia pada Allah yang Satu,
KERANA
Bukan ia kata puitis,
Tapi ia satu pesanan,
Bukan juga mainan romantis,
Tapi luahan perasaan,
Bukan Air mata hendak menitis,
Tapi ia sudah lama tertahan,
Bukan mudah untuk menangis,
Tapi ia kerana Tuhan,
Terima kasih di permulaan,
Kerana dapat dihidu angin lautan,
Bersyukur masih lagi wajah kelihatan,
Kerana tidak aku sudah mungkin dikafankan...
(30 September 1992-30 September 2013)
"ALHAMDULLILAH DAN BERSYUKUR PADA ALLAH SEKALIAN PENCIPTA KERANA DIBERIKAN AKU HIDUP DI ALAM CIPTAAN-NYA SEKALI LAGI"
No comments:
Post a Comment