Instagram

Monday, April 29, 2013

SIAPAKAH AKU..


Pelbagai manusia berada di sekeliling,
Membuat diriku kuning dan pening,
Setiap mata mereka menjeling-jeling,
Bagaikan diriku ini umpama ikan kering,
Tutur dan kalam mereka hanya membuat ku runsing,

Ku cuba elak ku cuba tepis,
Namun tiada satu pun yang terhakis,

Hanya hatiku kian terhiris,
Namun tiada siapa tahu hati ini terguris,
Cuma air mata berlinangan di iris,
Sudah umpama terbentuk sebuah oasis,

Terus-menerus mulut mereka sering berkata,

Berkata dengan pelbagai kata dan cara,
Adakalanya dengan iringan caci dan nista,
Tapi tiada satunya yang nyata,
Hanyalah penipuan dan dusta,
Meraka hanya meninggalkan kata tanya,
Bersoal dan menyoal siapakah dihadapan meraka,

Tiada pun dapat memberi jawapan walaupun satu,
Sekali lagi jika mereka bertanya siapakah aku,

Aku adalah insan yang lemah dengan semangat yang jitu,

Hanya manusia yang tidak lari dari hawa nafsu,
Sedang mengawal ia dari menguasai diri ku,

Kerna aku adalah aku,

Mencari rahsia sana-sini yang tersembunyi,
Mungkin dalam bentuk kompleks dan konklusi,
Terus  menerus mencari,
Agar diri ini tidak terus dibuai mimpi,
Biarkan mencari hingga hilang mentari,
Hanya percaya kepada kasih ILLAHI,
Didalam atas usaha diri sendiri yang pasti..

1 comment:

  1. salam ukhwah..entry kali ni sgt bagus tp ade sdikit kekurangan kesedapan ayatnya.."terus dan menerus mencari" lbh baik "terus menerus mencari @ terus dan terus mencari"...lg 1 ayat last skali..lbh baik "di atas usaha yg diri sndiri pasti"..:D

    ReplyDelete