Disaat berhenti di 7 Perhentian dan ketika ombak mula membadai pantai,sang bayu mulai meniupkan hembusanya ke wajahku,dan ketika itulah Seri Dewi Malam mulai muncul..Tiba-tiba..Ah!!!Tidak hari yg ditunggu sudah menjelma... 9 September ,Kadang-kadang nak tergelak pun ada,nak menangis pun ada.Fuh~~!!Pelik betul.Tapi apa yg disangka kan pelik itu telah mnjadi realiti.Dunia orang bercinta kadang2 ada pahitnya,ada manisnya.Macam cerita P.Ramlee lah pulak Masam Masam Manis.Tapi aku cuba memikirkan kembali tarikh keramat itu aku mula Pasrah dan terima takdir yg membelenggu diriku.
Orang selalu berkata putus cinta ini umpama Sembilu yg menghiris kalbu.tapi setakat mana pedihnya tu??Adakah sehingga kesakitan itu membuatkan satu KL Menjerit??Orang selalu berkata orang yg putus cinta ini selalunya akan hilang arah hidup dan tujuan sehinggakan dirinya bagaikan Berlari Ke langit.Alangkah peliknya orang bercinta ini dulunya berjanji sumpah setia tapi kini Cinta itu hanya tinggal kenangan.Sehingga mengatakan Benci Bilang Cinta.Kemana hilangnya Dua hati Satu jiwadulu??
Tapi kadang-kadang cinta itu boleh terjerumus kearah kemaksiatan.Disebabkan cinta itu seorang gadis bertanya adakah Aku Masih Dara??Adakah aku Bohsia sehingga sanggup menjual harga diri kepada Samseng Jalanan kerana cinta??Kenapa tindakan se Impak Maksima ini boleh berlaku??Ini semua adalah hasil kejayaan Syaitan.Dengarlah,Cinta itu sebenarnya tidak buta dan suci,cinta itu menjadi buta dan tidak suci apabila kita sendiri salah menggunakan cinta itu.Sesungguhnya cinta itu adalah fitrah dari Allah kepada manusia.Maka hargailah.
Perkataan cinta itu bukanlah satu permainan umpama Bola kampung.Sesungguhnya Ayat-Ayat Cinta itu umpama kata-kata yg boleh menusuk ke dalam kalbu seseorang yg kita sayangi dan cintai.Janganlah sampai satu Ketika Cinta Bertasbih baru kita menyesali perbuatan kita yg terdahulu.Biarkanlah Cinta yang Satu menjadi diantara kita.Cubalah menjadi seperti Cinta Si penggali Kubur sentiasa menggali walaupun hujan atau panas.Biarkan cinta antara kita menjadiSyurga Cinta kita,dan biarkanlah Maut sahaja memisahkan ikatan cinta kita.Semoga cinta kitaHingga Hujung Nyawa.
Original By-Shafiq Iqbal-


bagos2 (:
ReplyDeletesalam ziarah ~
ReplyDeletethanx..
ReplyDelete