Instagram

Saturday, September 25, 2010

BUAT KALI TERAKHIR...


Sebenarnya hati ini sudah lama terpendam,terpendam suatu perasaan yg sukar untuk dilafazkan oleh kata,suatu lafaz yg sukar juga untuk diukir melalui pena.Setiap kali ingin dilafazkan bibirku membeku,lidah ku terkelu dan akhirnya terdiam tanpa seribu bahasa.Setiap kali terlihat wajahmu,aku merasakn amat terkilan dan rasa amat bersalah sekali.Setiap kali kau cuba menghampiriku,aku lari dari mu.Setiap kali kau cuba berkata kepadaku,aku cuba sibukkan diriku.Dan ternyatalah itu satu tindakan yg tindakan yg tidak dapat ku terima sehingga ke hari ini kerana membiarkan diriku terdiam kerana mu.

Tetapi kini sudah berubah,kerna mulai saat dan ketika ini aku sudah berani,sudah mempunyai semangat untuk berkat apa yg sudah lama terpendam dihati ini.Sungguh perih dan perit untuk menyimpan perkara ini terlalu lama bagaikan hati ini ditusuk oleh sembilu.Aku akan melaksanakan impian ku yg selama ini dihalangi oleh rasa salah aku terhadap mu.Dan kini aku mulai bangkit untuk menyatakan perasaan ini.

Aku merasakan ini adalah peluang terakhir aku,aku tidak akan melepaskan peluang yang aku hampir kecapi,kerana peluang ini mungkin datang sekali sahaja dan tidak akan bergolek datang buat kali yang kedua.Sebenarnya apa yang aku ingin nyatakan ialah...

MAAFKAN SEGALA KEKHILAFAN KU,
MUNGKIN INI KALI TERAKHIR KITA KAN BERTEMU,
KERNA DIRIKU AKAN MENGHADAP YANG MAHA PENCIPTA,
MOGA SEGALA KEKHILAFAN KU TERHADAP MU,
AKAN DI MAAFKAN,
AGAR DIRIKU TENANG SEBELUM MENINGGALKAN,
DUNIA YAG FANA INI....MAKA AKU UCAPKAN..
SELAMAT TINGGAL SAHABATKU..
JANGAN KAU TANGISI PEMERGiAN KU INI DENGAN AIR MATA,
KAU IRINGILAH PEMERGIAN KU DENGAN SEPOTONG DOA...


SESUNGGUHNYA INILAH BUAT KALI YANG TERAKHIR

1 comment: